Ketahui mengapa Gartner menggelar Dropbox sebagai Peneraju

Dapatkan laporan "Magic Quadrant for Content Collaboration Platforms" 2017

Platform kandungan untuk kerjasama membantu pasukan berkongsi secara lancar dari dalam organisasi, dan antara pelbagai rangkaian pembekal, vendor dan juga rakan kongsi. Penyelesaian terbaik membolehkan pekerja untuk menggunakan alat yang mereka gemari, sambil memberikan ciri-ciri keselamatan yang diperlukan oleh IT. Kami amat berbesar hati atas pengiktirafan sebagai Peneraju dalam laporan "Magic Quadrant for Content Collaboration Platforms" 2017 Gartner.

Laporan Gartner Magic Quadrant akan membantu anda mendapatkan kefahaman yang mendalam terhadap pasaran Platform Kerjasama Kandungan, melakukan perbandingan vendor, dan mencari penyelesaian terbaik untuk perniagaan anda.

Muat turun salinan laporan dan anda dapat mengetahui tentang:

  • Apakah yang dimaksudkan dengan platform kerjasama kandungan, dimanakah kedudukan pasaran, serta apakah arah tujunya
  • Bagaimanakah vendor kerjasama kandungan melakukan perbandingan terhadap kriteria utama
  • Mengapakah Dropbox digelar sebagai Peneraju ruang

Grafik ini telah diterbitkan oleh Gartner, Inc. sebagai sebahagian daripada dokumen kajian yang lebih besar dan perlu diteliti dalam konteks dokumen secara keseluruhan. Dokumen Gartner tersedia atas permintaan daripada Dropbox.

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan kajiannya, dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih vendor yang hanya mempunyai penarafan tertinggi atau ciri-ciri lain. Penerbitan kajian Gartner merangkumi pendapat organisasi kajian Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai kenyataan atau fakta. Gartner menafikan semua jaminan, sama ada secara tersurat atau tersirat, yang berkenaan dengan kajian ini, termasuklah sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian atas tujuan tertentu.

Magic Quadrant for Content Collaboration Platforms 2017 Gartner, Monica Basso, Karen A. Hobert, Michael Woodbridge.