Dapatkan kemas kini: Ciri carian imej baharu

Ciri carian imej baharu akan datang ke program akses awal kami dan anda akan dimaklumkan tentangnya apabila ia sudah sedia untuk dicuba. Dengan ciri ini, anda boleh mencari akaun Dropbox anda untuk imej mengikut kandungan. Misalnya "kerusi" walaupun perkataan tersebut tidak ada dalam nama fail. 

Ciri carian imej baharu kami menjadikan pencarian anda mudah dan pantas: 

  • Jimat masa. Anda tidak perlu lagi melayari fail yang bernama serupa atau meneka tempat ahli pasukan anda menyimpan fail imej.
  • Pengurangan kerja manual. Anda tidak perlu menambah tag atau menamakan semula fail untuk mencari imej yang disimpan dalam Dropbox.
  • Kerja di satu tempat.  Cari imej anda terus dari apl desktop anda dan dropbox.com, tempat anda bekerja dan bekerjasama.

Lengkapkan borang pada belah kanan dan kami akan menghantar e-mel kepada anda sebaik sahaja akses awal tersedia untuk pasukan Dropbox Business anda. Dengan memberikan kami maklumat anda, anda bersetuju bahawa Dropbox boleh menggunakan maklumat anda untuk menghubungi anda melalui e-mel dan menghantar bahan pemasaran Dropbox yang lain kepada anda.

Sila ambil perhatian bahawa akses awal untuk ciri carian imej hanya akan tersedia dalam bahasa terpilih termasuklah bahasa Inggeris, Denmark, Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol dan Sweden.